Monday, February 8, 2010

Majlis Berkhatan Beramai-ramai














(Laporan akan menyusul kemudian)

Thursday, December 17, 2009

PENGENALAN KAMPUNG

SEJARAH

Kampung Selayang Baru bermula pada tahun 12hb Julai 1965 dengan penempatan semula penduduk yang terdiri dari 38 keluarga dipindahkan dari Kampung Sg Baru Kg Bharu, Kg Keramat, Kg Pantai, Kg Kerinci, Kg Konggo, & Kg Siam. Pemindahan berakhir pada tahun 1980 dengan keluasan keseluruhannya sebanyak 374 ekar ysng tetdiri dari 2,300 lot kediaman, 50 lot kedai dan juga terdapat tapak lot Masjid, Surau, Gereja, Kuil Budha, Kuil Hindu & Kuil Singh.

Dalam tempoh 2 tahun awal pemindahan Kg Selayang Baru hanya dibekalkan dengan kemudahan awam seperti paip air awam, sebuah Surau dan perkhidmatan bas. Sekolah, Dewan Orang Ramai, Bekalan Air & Letrik, Jalan Berturap, Pasar Harian & Kelinik telah mula dibina berperingkat-peringkat sehinggalah ke hari ini.


Pada tahun 1965-1988 Kg Selayang Baru telah di Pengerusikan oleh Allahyarham Hj Sidek Bin Hj Abu Bakar dan 1988-2008 pula telah dipengerusikan oleh Hj Mohammad bin Saadon .Pada 2008-31 Mac 2009 (Setelah Negeri Selangor diperintah Oleh PR selepas pilihanraya (2008) PRU12) Hj Mohammed Bin Saadon telah dilantik semula menjadi Pengerusi JKKKP yang pertama sehingga 31 Mac 2009 dan pada 1 April 2009 pula JKKKP telah dipengerusikan oleh En. Mohd Riduan Bin Jamaludin iaitu Setiausha JKKK & JKKKP Kg Selayang Baru sebeum ini.

Kg Selayang Baru ini terdiri dari berbilang kaum iaitu Melayu 60%, Cina 25%, India 10% & Lain-lain 5%. Pada peringkat awalnya Kg Selayang Baru ini adalah sebuah tapak lombong bijih timah yang diliputi sebanyak 40% dan selebihnya adalah hutan pokok getah. Kini Kg Selayang Baru telah pesat membangun dengan bangunan kediaman dan rumah kedai selain dari tapak-tapak kerajaan dan kawasan perumahan baru. Jumlah penduduk kini telah menjangkau seramai 67,500 orang (bancian 2004) yang berbilangan kaum. Kg Selayang Baru ini mempunyai 2 bahagian pentadbiran politik iaitu Parlimen Selayang / DUN Taman Templer dan Parlimen Gombak/ DUN Batu Caves.